Pada petang Jumaat yang hening selepas solat di surau As-Saad, penulis berhasrat untuk melawat rakan-rakannya di KL. Dengan menaiki bas Star Coach Tanjung Malim-K.L, penulis pun memulakan edisi lawatannya. Hasrat awal ingin pergi menaiki KTM. Namun begitu, disebabkan KTM mengambil masa yang lama, penulis pun membuat keputusan untuk menaiki bas. Lalu, setelah membeli tiket, penulis pun duduk disebelah seorang pak cik yang menakutkan ala-ala perogol bersiri. Nasib baik lah penulis dirahmati oleh Tuhan kerana bas itu penuh dengan manusia-manusia bermuka suci. Setelah 1 jam menaiki bas, penulis pun sampai di Central Market@Pasar Seni. Penulis terpaksa bergerak ke Bangsar menaiki LRT kerana ingin berjumpa dengan sahabatnya yang telah mempunya kareer di sebuah ‘legal firm’ di kawasan terbabit. Kawannya, Fendy (bukan nama sebenar) datang berjumpa dengan penulis setelah penulis menunggu 30 minit di situ menantikan sahabatnya itu habis kerja (biasa lar.. dah berkareer). Sahabatnya itu membawa penulis terbabit pergi ke bazaar Ramadhan yang berhampiran untuk membeli juadah berbuka puasa. Sewaktu membeli nasi kukus yang berharga RM 6.00, penulis terjumpa pelakon waktak utama Ju-On sewaktu Evening With Garnet. Kali ini, penulis tidak terkejut seperti sebelumnya. Penulis sempat menegurnya.
Perjalanan diteruskan dengan mengikut Fendy ke apartmentnya yang terletak di Pusat Bandar Damansara. Setelah berbuka puasa dan bergosip, Fendy mengajak penulis keluar untuk membeli kek bagi seorang lagi sahabat bernama Fido (bukan nama sebenar jugak). Dalam perjalanan ke Secret Recipe, penulis terserempak dengan seorang makhluk ciptaan Tuhan yang senyum kepadanya. Mulanya, penulis beranggapan bahawa lembaga itu adalah kawan Fendy, tiba-tiba “Eh. Azfar. What are you doing here?”. Rupanya, lembaga itu merupakan senior penulis di KYUEM yang bernama Azfar. Penulis meneruskan misi mencari kek Chocolate Strawberry dari Secret Recipe.
Setelah itu, penulis pergi bersembahyang terawih di surau berdekatan. Penulis agak terkejut kerana tidak memahami tasbih yang diguna pakai. Penulis berasa seperti berada di negara lain. Penulis menganggap itu perkara biasa. Edisi lawatan diteruskan dengan menanti 2 orang kawan di rumah fendy iaitu Fido dan Ben. Jam menunjukkan pukul 11. Tiba-tiba sahaja pintu bilik diketuk. Fido dan ben datang. Wah! Ben sudah berubah. Makin cun melecun. Hahaha. Kemudian ketiga-tiga sahabat itu mengajak penulis pergi menziarahi rakan-rakan lain di UIA dan UM. Namun begitu, kesemua mereka tidak berada di universiti masing-masing. Fido dan Ben berhasrat membawa penulis berjalan di Sri Hartamas dan sekitar KL sambil bergosip. Acara diteruskan dengan supper di Pelita sambil mengutuk Datuk Fadilah Come To Me dan Cheff Two.
Setelah jam menunjukkan pukul 3 pagi, Fido dan Ben menghantar penulis bersama fendy ke apartment Fendy. Akibat keletihan yang melampau, fendy dan penulis tidur nyenyak hingga sahur. Penulis dan fendy hanya bersahurkan roti butterscotch dan soya bean. Setelah solat subuh, Haqqa telah menjemput penulis dan Fendy untuk menghadiri satu seminar di MBSA di Shah Alam. Setelah hampir 30 minit, penulis pown sampai di situ.
Yang lain tidak dapat diceritakan kerana sangat banyak yang terjadi.. tak larat nak menaip.. Sorie...
No comments:
Post a Comment